Monday, October 26, 2009

Tugasan Kelas : 10 Sebab Mengapa Guru Perlu Membuat Kajian Tindakan

1. Membantu guru dalam penambah baikkan proses P&P agar objektif yang telah ditetapkan
tercapai.
2. Sebagai langkah yang proaktif bagi seorang guru dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan
mempelbagaikan kemahiran yang dapat membantu dalam pelaksanaan tanggungjawab sebagai
seorang guru.
3. Mengenalpasti cabaran dan halangan yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
4. Memupuk semangat yang tinggi di dalam diri seorang guru dalam melaksanakan inisiatif dan
pendekatan baru perolehan daripada kajian yang dilakukan ke arah meningkatkan kualiti
pendidikan.
5. Dapat melahirkan guru yang lebih kreatif dan efektif dalam melaksanakan tanggungjawab ke
arah yang lebih sempurna. (kajian tindakan sebagai platform guru ke arah penyempurnaan)
6. Membantu dalam memartabatkan profesion perguruan dengan manjadikan penyelidikan
sebagai budaya kerja pendidik guru
7. Membantu guru dalam menarik minat pelajar dalam proses P&P sekaligus melahirkan pelajar
yang cemerlang.
8. Kajian tindakan bertujuan untuk melihat kesediaan guru dalam melakukan perubahan
berdasarkan penyelidikan yang relevan dengan konteks serta pengalaman sendiri.
9. Menjana pendekatan baru dan bersesuaian dalam penyampaian P&P.
10. Berkongsi idea dan pandangan dengan pihak lain melalui proses pembentangan hasil dapatan kajian yang dilakukan dalam menghasilkan keputusan yang terbaik.