Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 8 : Cadangan Mengatasi Masalah Pengajaran Subjek

Kekuatan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah Melalui Tayangan Video
  • Pendekatan ini dapat melatih pemikiran kritis pelajar supaya dapat mewujudkan kemahiran yang dapat membantu mereka dalam memahami sesuatu konsep secara mendalam.
  • Interaksi yang wujud di kalangan pelajara secara kolaboratif dapat meningkatkan prestasi pelajar serta minat untuk menyertai P&P

aktiviti 6 dan 7 : Kekuatan dan Kelemahan Pengajaran-pengajaran Subjek Sains dan Perdagangan

Kekuatan subjek Perdagangan dan Sains
  • related dengan kehidupan seharian pelajar. Keadaan ini memudahkan untuk guru memberi penerangan dengan menunjukkan contoh yang berlaku di sekitar kehidupan pelajar seharian.
  • Pelbagai aktiviti boleh dijalankan mengikut kesesuaian topik matapelajaran selaras dengan perkembangan semasa.
  • Guru banyak menggunakan kaedah pengajaran melalui tunjuk cara (eksperimen).

kelemahan subjek Perdagangan dan Sains
  • Banyak fakta dan konsep yang sukar untuk diingati oleh pelajar, walaupun mungkin pelajar memahami maksud konsep tersebut.
  • sukar untuk mengaplikasikan pengetahuan di dalam kehidupan seharian.
  • Pelajar sukar untuk menjawab soalan yang berbentuk aplikasi ketika dalam peperiksaan kerana mereka selalunya hanya akan menghafal konsep tanpa memahami pengertian konsep tersebut.
  • Pembelajaran yang lebih kepada berpusatkan guru dimana lebih tertumpu kepada pemberian nota kepada pelajar. Pelajar sibuk untuk menyalin nota yang ditunjukkan oleh guru tanpa memberi perhatian kepada penerangan yang diberikan.

Friday, November 13, 2009

AKTIVITI 5 : Tugasan 1 Buku & Tugasan 4 Mini KT

Mengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

Tujuannya ialah untuk:
  • Meningkatkan daya keyakinan diri guru tersebut melalui usaha berkongsi pengalaman. Seterusnya, boleh memperbaiki prestasi dan kepuasan kerja guru.
  • Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan.
  • Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran-P&P.
  • Mendapatkan sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.
  • Merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.
  • Melahirkan guru yang berfikiran kreatif dan kritikal serta sanggup menghadapi perubahan.
  • Memberi peluang untuk mengukuhkan asas pengetahuan kerjaya perguruan.
  • Mengeluarkan guru dari kongkongan rutin amalan-amalan perguruan.
  • Mewujudkan budaya perkongsian ilmu di kalangan pendidik/guru.
  • Memartabatkan profesion perguruan.

AKTIVITI 4 : Tugasan 4 - Cadangan Mini Kajian Tindakan (kumpulan)

Tajuk:

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah Melalui Tayangan Video

Permasalah kajian:

Subjek Sains dan Perdagangan merupakan dua subjek yang banyak melibatkan konsep dan fakta yang perlu diketahui oleh setiap pelajar bagi mencapai matlamat dan objektif pembelajaran bagi subjek tersebut. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar mengalami masalah dalam mengingat dan memahami konsep dan fakta yang telah dibincangkan. Salah satu faktor yang menyumbang kepada permasalahan tersebut adalah disebabkan oleh kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak efektif.


Pembelajaran sains dan Perdagangan adalah sesuatu yang berkait rapat dengan konsep serta memerlukan kefahaman yang jelas untuk dikaitkan dalam kehidupan seharian. Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah Melalui Tayangan Video dapat membantu pelajar dalam memahami serta menguasai konsep yang telah dipelajari dengan baik. Penguasaan ini dapat membantu pelajar dalam mengaplikasikan konsep tersebut pada permasalahan semasa yang dinyatakan samada dalam perbincangan mahupun peperiksaan. Pendekatan ini juga dapat membantu pelajar dalam mengingat sesuatu fakta dengan baik di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik.

Sunday, November 8, 2009

AKTIVITI 3 : Tugasan 3 - Ulasan Kajian Tindakan Kolokium DPLI Jan'09

ARTIKEL 2:
APLIKASI PENGUBAHSUAIAN TINGKAH LAKU KE ATAS PELAJAR PENDIDIKAN KHAS MENGGUNAKAN TEORI PELAZIMAN OPERAN

Oleh;
Badrul Hisham Majid, Junaidon Abdul Majid & Hafis Mohamad Dom

1. PERNYATAAN MASALAH
Kajian telah dijalankan ke atas pelajar daripada Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Menengah Tun Tuah. Sepanjang pemerhatian pengkaji, mereka mendapati bawaha terdapat pelajar di dalam program ini sering menunjukkan perlakuan yang negatif seperti perlakuan lucah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Keadaan ini menyebabkan pelajar tersebut tidak dapat memberi tumpuan semasa sesi P&P sedang dijalankan dan juga boleh mengganggu perhatian rakan-rakan yang lain. Oleh sebab itu pengkaji cuba untuk menilai sejauh mana penggunaan teori pelaziman operan ini dapat mengubah tingkah laku pelajar tersebut serta dapat meningkatkan tumpuan pelajar semasa P&P sedang dijalankan.


2. METODOLOGI KAJIAN

Metodologi

Kajian yang dijalankan adalah melalui empat kitaran iaitu merancang, melaksana, pemerhatian dan juga refleksi, dimana kitaran ini diaplikasikan ke atas empat pendekatan yang diuji dalam kajian ini iaitu, nasihat/teguran, penggunaan radio, penggunaan peralatan muzik dan juga dendaan. Pengkaji menggunakan keempat-empat pendekatan ini pada waktu yang telah ditetapkan untuk meneliti sejauhmana keberkesanan pendekatan yang digunakan dalam mempengaruhi perlakuan pelajar tersebut serta mengenal pasti pendekatan manakah yang paling berkesan dalam mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan.

Setting kajian

Kajian ini dijalankan pada waktu P&P sedang dijalankan dan mengambil masa selama 7 minggu. Pada minggu pertama dan kedua, pengkaji lebih menfokuskan kepada aktiviti perancangan, pemilihan tajuk, penetapan kajian serta membuat pemerhatian awal. Pada minggu ketiga, pengkaji menjalankan pendekatan nasihat/teguran dimana guru memberi nasihat kepada responden yang menunjukkan perbuatan negatif. Pada minggu keempat, pengkaji menggunakan radio untuk menarik minat responden terhadap proses P&P. Pada minggu kelima pula, pengkaji menggunakan alat muzik sebagai salah satu Alat bantu Mengajar semasa proses P&P dijalankan. Pada minggu keenam, pengkaji menggunakan pendekatan dendaan iaitu membuat pengasingan responden daripada pelajar-pelajar lain. Selepas setiap pendekatan ini dilakukan, pengkaji akan melakukan pemerhatian untuk melihat perubahan jumlah kekerapan perlakuan negatif yang ditunjukkan oleh responden dan seterusnya membuat refleksi ke atas hasil yang diperolehi.


Sampel Kajian

Sampel kajian adalah seorang pelajar sahaja memandangkan kuantiti pelajar pendidikan khas dalam sesuatu kelas adalah sangat sedikit.


3. PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA

Pengumpulan Data

Pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian selepas sesuatu pendekatan dilakukan dimana pengkaji akan membuat kiraan kekerapan perlakuan negatif oleh responden. Pengumpulan data akan dikutip selama 5 hari bagi setiap pendekatan yang dilaksanakan. Pengumpulan data adalah berbentuk kuantitatif.

Penganalisaan Data

Data yang telah dikumpulkan bagi setiap pendekatan dimasukkan ke dalam satu jadual kemudian diplotkan dalam graf untuk melihat pendekatan manakah yang paling banyak mempengaruhi pengurangan tingkah laku negatif responden.


4.IMPLIKASI KAJIAN

Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan teori pelaziman operan mampu mengurangkan tingkah laku negatif pelajar pendidikan khas. Dalam kajian ini menunjukkan, dendaan adalah merupakan pendekatan yang paling berkesan dalam mengurangkan perlakuan negatif pelajar.


5.APA YANG DIPELAJARI DARI KAJIAN TERSEBUT

Kajian ini menunjukkan salah satu pendekatan yang boleh digunakan dalam mengurangkan perlakuan negatif pelajar pendidikan khas. Sesuatu yang menarik di dalam kajian ini dimana, pengkaji cuba untuk menguji beberapa pendekatan dalam mencari langkah penyelesaian bagi permasalahan yang dihadapi. Ujian kepelbagaian pendekatan yang dilakukan adalah suatu langkah yang amat baik dimana pengkaji cuba untuk mengenalpasti beberapa langkah pendekatan yang boleh diguna pakai semasa proses P&P sedang dijalankan. Hal ini kerana, dalam berhadapan dengan pelajar yang berkeperluan khas adalah jauh berbeza dengan pelajar-pelajar biasa kerana pelajar dalam kelompok ini selalunya mempunyai sifat dan tingkah laku yang berubah-ubah dan berbeza di antara satu sama lain.


6. CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKKAN

Selain daripada mengurangkan perlakuan negatif, guru juga perlu memberi tumpuan kepada kaedah yang dapat menarik minat pelajar kepada sesi P&P yang sedang dijalankan. Hal ini sekaligus dapat membantu guru dalam mengawal kelas semasa sesi pembelajaran sedang dijalankan. Guru juga perlu sentiasa mendekati pelajar dan cuba mencari apa yang disukai dan diminati oleh pelajar. Melalui itu, guru boleh memikirkan sesuatu kaedah atan pendekatan yang berkait rapat dengan minat pelajar tersebut agar dapat menarik perhatian mereka terhadap sesi pembelajaran yang sedang dijalankan.

Guru juga seharusnya perlu lebih menjadi kreatif dalam memikirkan pendekatan yang sesuai untuk dilaksanakan dalam P&P bagi menarik minat pelajar-pelajar pendidikan khas ini. Kepelbagaian kaedah dan pendekatan juga mungkin boleh dilaksanakan di dalam sesuatu P&P kerana setiap pelajar dalam lingkungan ini mempunyai sifat dan kebiasaan yang berbeza. Selain daripada itu, adalah dicadangkan agar tempoh pelaksanaan kajian dilanjutkan bagi memperoleh hasil kajian yang lebih jitu.

7. ULASAN dan KOMEN (Kesesuaian Kajian dengan Konsep Kajian Tindakan)

Kajian adalah sesuai dengan konsep Kajian Tindakan. Walau bagaimanapun, pengkaji seharusnya membuat kajian yang mendalam terlebih dahulu mengenai Pendekatan Teori Pelaziman Operan agar pengkaji dapat menfokuskan kepada kaedah yang telah dipilih untuk menilai keberkesanannya.


AKTIVITI 3 : Tugasan 3 - Ulasan Kajian Tindakan Kolokium DPLI Jan'09

ARTIKEL 1:
Meningkatkan Pemahaman dan Suasana Pembelajaran Pelajar bagi Subjek
Biologi Tingkatan Empat Menggunakan Kaedah Peta Minda Secara
Berkumpulan.

Oleh;
Hasmalina Hamzah & Hazwin Dalila Haris

1. PERNYATAAN MASALAH

Kaedah pembelajaran yang sering digunakan dalam subjek Biologi adalah dengan menggunkan kaedah kuliah / Chalk and Talk dimana kaedah hanya menlibatkan komunikasi sehala. Keadaan ini menyebabkan pelajar agak bosan semasa P&P berjalan dan seterusnya akan memberi kesan kepada tahap pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar. Pelajar sukar untuk memahami setiap isi kandungan bagi subjek Biologi dan juga menganggap bahawa subjek ini adalah subjek yang susah. Tahap pemahaman yang tinggi di kalangan pelajar terhadap mata pelajaran yang diajarkan adalah bergantung kepada teknik dan kaedah pembelajaran yang dugunakan oleh guru di dalam kelas. Guru seharusnya mewujudkan komunikasi dua hala di antara guru dan pelajar dan bagi subjek ini adalah lebih baik sekiranya proses P&P yang dijalankan adalah berpusatkan pelajar.


2. METODOLOGI KAJIAN

Metodologi
Kajian dilakukan melalui 4 kitaran iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan juga refleksi dalam mengkaji keberkesanan kaedah peta minda secara berkumpulan. Dalam melaksanakan kaedah ini, pengkaji memilih subtopik yang sesuai dalam subjek Biologi iaitu dalam subtopik Nutrisi. Penerangan kepada subtopik tersebut akan diberikan terlebih dahulu melalui penggunaan CD-ROM sebagai Bahan Bantu Mengajar. Selepas itu, guru akan memberi arahan kepada pelajar untuk membentuk beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan mendapat tajuk2 kecil untuk dibincangkan seterusnya menghasilkan peta minda. Pada akhir P&P pelajar akan diminta untuk membentangkan di dalam kelas hasil perbincangan yang telah diperolehi.

Setting Kajian
Kajian dijalankan selama 4 minggu pada setiap waktu P&P bagi subjek tersebut. Pelajar diberi masa selama 20 minit untuk mengadakan perbincangan untuk menghasilkan peta minda. Selepas itu, pelajar diberi masa selama 5 minit untuk membentangkan peta minda yang telah dihasilkan hasil daripada perbincangan dalam kumpulan.

Sampel Kajian
Jumlah responden yang digunakan dalam kajian tindakan ini adalah seramai 60 orang pelajar tingkatan 4.


3. PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA

Pengumpulan Data
Pengumpulan data telah dilakukan melalui tiga kaedah iaitu melalui pemerhatian, edaran borang soal selidik kepada responden serta temubual (berstruktur dan tidak berstruktur). Pemerhatian yang dilakukan adalah meliputi aspek tingkah laku pelajar, kerjasama dan interaksi sesama pelajar serta kreativiti yang mereka hasilkan. Bagi penilaian borang soal selidik pula, ia meliputi tema pemahaman, suasana keseronokan dan tema komunikasi berkesan.


Penganalisaan Data
Data yang dihasilkan adalah berbentuk kuatitatif yang dihasilkan daripada analisis borang kaji selidik dan juga berbentuk kualitatif yang dihasilkan melalui kaedah pemerhatian dan temubual.


4. IMPLIKASI KAJIAN

Hasil kajian mendapati bahawa kaedah peta minda secara berkumpulan dapat menarik minat pelajar terhadap sesi pembelajaran kerana wujudnya interaksi dua hala. keadaan ini sekaligus dapat membantu pelajar dalam memahami dan mengingati konsep dan istilah yang terdapat dalam bab nutrisi itu. Selain daripada itu, melalui kaedah ini, pelajar dapat meningkatkan serta memperbaiki komunikasi pelajar melalui perbincangan yang dilakukan.


5. APA YANG DIPELAJARI DARIPADA KAJIAN INI

Melalui dapatan hasil kajian ini, menunjukkan bahawa kaedah peta minda secara berkumpulan adalah salah satu kaedah yang dapat diaplikasi dalam proses P&P bagi menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran yang dijalankan. Melalui kajian ini juga, didapati bahawa kaedah peta minda secara berkumpulan dapat menarik minat pelajar terhadap proses P&P sekaligus meningkatkan kefahaman serta ingatan terhadap sesuatu topik yang sedang dibincangkan. Kaedah ini bukan sahaja diaplikasikan dalam subjek Biologi, namun ianya juga boleh diaplikasikan di dalam subjek-subjek yang lain. Pendidikan sehala seperti penyampaian dalam bentuk kuliah, dimana peajar hanya mendengar apa yang disampaikan oleh guru tanpa sebarang aktiviti yang dijalankan oleh pelajar menyebabkan pelajar akan cepat merasa bosan dengan pembelajaran yang dijalankan. Oleh sebab itu, guru harus bijak dalam merancang aktiviti yang melibatkan pelajar bagi menarik minat mereka terhadap proses pembelajaran yang dijalankan. Dengan minat yang ditunjukkan ia juga akan memberi kesan yang positif terhadap tahap pemahaman pelajar tentang sesuatu topik yang dibincangkan.


6. CADANGAN DAN PENAMBAH BAIKKAN

Beberapa cadangan dan penambah baikkan yang boleh dilakukan terhadap hasil kajian ini. Antaranya adalah;
a. Tempoh kajian perlu dilanjutkan bagi memperoleh hasil kajian yang lebih jitu.
b. Guru harus memastikan bahawa pengagihan ahli di dalam setiap kumpulan adalah adil dan saksama dimana, wujud keseimbangan jumlah pelajar yang bijak dan lemah di dalam sesebuah kumpulan. Hal ini adalah bertujuan untuk mewujudkan program kerjasama dan saling bantu membanti di dalam kumpulan. Program mento mentee juga boleh diwujudkan dalam kumpulan.
c. Dalam melakukan penilaian terhadap prestasi pelajar, adalah lebih baik sekiranya menggunakan kaedah ujian berterusan berbanding dengan temubual, kerana melalui ujian berterusan yang diberikan, kita dapat melihat sejauh mana pelajar dapat memahami serta mengingati konsep-konsep yang telah dipelajari dalam subjek tersebut melalui hasil pengumpulan data yang berbentuk kuantitatif (markah ujian)

7. KESESUAIAN KAJIAN DENGAN KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian ini adalah sesuai dengan konsep kajian tindakan. Walau bagaimanapun, tajuk bagi kajian ini perlu diubah kepada yang lebih ringkas dan tepat. Cadangan tajuk adalah " Pelaksanaan Kaedah Peta Minda Berkumpulan Dalam Subjek Biologi Tingkatan Empat".

AKTIVITI 2 : Tugasan 2 - Ulasan Jurnal

Jurnal 1 :
Adaptive Use Patterns of Secondary School Classroom Environments
Penulis: Aleksander Sztejnberg & Edward F.Finch (2006)
(School of the Built Environment, Heriot-Watt University, Edinburgh, UK)

Tujuan Kajian

Untuk mengkaji bagaimana guru-guru sekolah menengah dapat menyesuaikan penggunaan persekitaran pembelajaran dalam kelas. Pendekatan ilustrasi adalah dengan melihat hubungan di antara gaya pengajaran, gaya pembelajaran dan penyesuaian penggunaan ruang di dalam kelas.

Reka bentuk / Metodologi / Pendekatan
  1. Pemerhatian ruang (Mapping)
  2. Borang Soal Selidik
  • Principle of Adult Learning Scale (PALS) - menumpukan kepada soalan yang dapat mengenalpasti dan menghuraikan gaya pembelajaran guru. Terdapat 44 soalan dan dipecahkan kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah 20 kenyataan yang negatif dan bahagaian kedua adalah 24 kenyataan yang positif.
  • Borang soal selidik yang lebih menfokuskan kepada soalan berkaitan dengan bentuk fizikal kelas (ruang) kelas itu sendiri.
Sampel Kajian

Sampel kajian telah di ambil di 10 buah sekolah menengah yang terdiri dari 5 buah bandar di Poland (Opole, Glubczyce, Kedzierzyn, Lututow dan Racoborz)
Jurnal 2:
Environmental Problem Solving in Learning Chemistry for High School Students
Penulis: Munir Tanrere , 2008
(Journal of Applied Sciences in Environmental Sanitation)


Tujuan Kajian

Meningkatkan pengajaran Kimia melalui pelaksanaan kaedah Pembelajaran Melalui Penyelesaian Masalah (Problem Based Learning PBL).

Metodologi Kajian

Kajian dijalankan dalam dua pusingan dimana setiap kitaran mengandungi perancangan, tindakan, pemerhatian dan juga refleksi.

Pengumpulan Data
  1. Borang Soal Selidik
  2. Pengujian
Hasil Kajian

Hasil kajian menunjukkan kaedah PBL dapat meningkatkan kualiti dalam pembelajaran Kimia dan membantu pelajar-pelajar dalam meningkatkan motivasi, keaktifan pelajar di dalam kelas, kreativiti dan mewujudkan kerjasama di kalangan pelajar.

JURNAL 3:
The design and application of technology-based courses in the mathematics classroom (Rekabentuk dan penggunaan kursus berasaskan teknologi dalam kelas matematik)
Penulis: Joey Offer, Beth Bos

Kebanyakan pelajar meghadapi masalah dengan pembelajaran matematik peringkat menengah. Penyelidik mengkaji strategi alternatif dan pendekatan yang boleh memberi motivasi dalam pembelajaran matematik seterusnya menggalakkan pembelajaran secara konseptual berlaku. Satu cara yang dikenalpasti ialah kursus bersasaskan teknologi (technology-based course). Elemen rekabentuknya memberi penekanan kepada aspek motivasi dan kognitif. Rekabentuk kajian menggunakan kaedah pendekatan dunia sebenar bagi membentuk motivasi pelajar. Dari aspek kognitif, kursus dibina supaya dapat membantu pelajar mengaitkan isi kandungan pembelajaran dengan dunia sebenar sekaligus menambah pemahaman terhadap konsep yang sukar dalam matematik.


JURNAL 2:
Computer game development as a literacy activity (Perkembangan permainan komputer sebagai aktiviti literasi)
Penulis: Ron Owston,Herb Wideman, Natalia Sinitskaya Ronda,Christine Brown

Kajian ini mengkaji peggunaan permainan komputer sebagai aktiviti pedagogi untuk meningkatkan motivasi dan minat pelajar dalam pembelajaran. Melalui penggunaan permainan komputer juga pelajar dapat memperbaiki kemahiran menulis dan membaca,seterusnya membina kemahiran baru dalam kemahiran literasi digital.Kandungan kurikulum yang sama diajar kepada dua kumpulan yang berbeza dalam tempoh masa 10 minggu.

AKTIVITI 1 : Tugasan 1 (Ulasan Buku)

Tajuk Buku : Action Research Principle and Practice (2nd Edition)
Penulis : Jean McNiff with Jack Whitehead , 2000.


KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan penyelidikan terhadap sesuatu amalan (practice) yang dirancang dan dilaksanakan untuk melihat kebekerkesanannya dalam mencapai objektif ke arah penambahbaikkan amalan yang sedia ada. Sekiranya hasil kajian adalah berjaya, ianya harus dibentangkan dengan mengemukakan bukti bagi mengukuhkan lagi dakwaan tersebut. Kajian tindakan juga melibatkan pembelajaran melalui tindakan dan refleksi. Ianya juga adalah merupakan penyelidikan yang dilakukan secara berterusan.

Asas-asas Proses Kajian Tindakan
  1. "Review" amalan semasa
  2. Kenalpasti aspek yang ingin diperbaiki
  3. "Imagine" tindakan yang akan diambil
  4. Cuba laksanakan tindakan tersebut dan lihat apa yang akan berlaku
  5. Daripada hasil yang dicapai, lakukan perubahan pada perancangan dan buat tindakan semua.
  6. Nilai hasil kajian dan sekiranya tidak mencapai objektif yang ditetapkan, modified semula tindakan tersebut sehingga objektif tercapai.
Sesuatu dinamakan Kajian Tindakan juga adalah apabila;
  • Adanya refleksi dan peningkatan / penambah baikkan kepada kerja /situasi mereka.
  • Wujudnya hubungan antara refleksi dan tindakan
  • Bukan untuk kepentingan sendiri tetapi untuk orang orang lain yang berada dalam situasi yang sama dengan pengkaji. – contohnya, dalam bidang pendidikan
  • Pembelajaran secara progresif yang melibatkan (planning, action, observing, reflecting and replanning)

Dalam buku James McKernan yang bertajuk
"Curriculum Action Research a Handbook of Methods and Resources for the Reflective Practitioner 2nd edition", belia mendifinisikan kajian tindakan sebagai satu penyelidikan yang melibatkan proses inkuiri refleksi kendiri ke atas sesuatu amalan yang kita fikirkan perlu ke arah peningkatan dan penambahbaikkan. Kajian ini dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri (guru/pendidik) melalui tindakan praktik mereka sendiri yang bertujuan untuk mningkatkan kualiti amalan masing-masing dan meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi dimana amalan itu dilkukan. Kajian ini dapat dijalankan melalui proses mengenal pasti masalah, merancang tindakan, menilai tindakan yang diambil dari segi keberkesanannya dan akhirnya hasil kajian akan disalurkan kepada masyarakat untuk kebaikan bersama.


Prosuder Kajian Tindakan.

Bagaimana kajian tindakan boleh dilaksanakan ?

1. KAEDAH PEMERHATIAN DAN PENCERITAAN

a)Data Penceritaan (narrative data)
Pemerhatian menggunakan setting semulajadi tingkahlaku yang dikaji. Contohnya, pengkaji university akan masuk dalam bilik darjah untuk mengkaji kesan projek perintis.

b)Pemerhatian peserta(participant observation)
Amalan kajian yang dilakukan dengan mengambil bahagian dalam kumpulan sosial yang sedang dikaji.

c)Rakaman anekdot(anectodal records)
Merupakan verbatim-penceritaan. Perkara yang bermakna akan diperhatikan dalam setting kajian. Setiap anekdot akan dicatat secepat mungkin selepas ia berlaku.

d)diari/journal
Merupakan dokumen peribadi.

e)Rakaman video(videotape record)

f)fotografi

2. TEKNIK BUKAN PEMERHATIAN,TINJAUAN DAN LAPORAN KENDIRI

a) Soal selidik

b)Temubual


MENGUMPUL DAN MENGANALISIS DATA

- Pengumpulan data dikategorikan kepda tiga kumpulan utama

1. pen dan kertas (nota lapangan/jurnal/diari/soalselidik
2. kaedah langsung (temubual/perbincangan)
3. ostensif (temubual yang dirakam/videotape/pembentangan)


-Penganalisisan data berdasarkan persoalan berikut:

Bagaimana saya memantau tindakan tersebut? Bagaimana saya memerhati dan
menjelaskan tentang apa yang berlaku?
  • rekod penulisan tentang perkara dan tindakan yang difikirkan dalam jurnal refleksi
  • meminta pandangan orang lain untuk memantau tindakan pengkaji
  • berdasarkan maklumat yang diperoleh pengkaji membahagikan dapatan mengikut kumpulan data tertentu.
  • pengkaji menetapkan kriteria tertentu berdasarkan objektif kajian

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN KUMPULAN : ULASAN BUKU

Buku
  1. Action Research Principles and Practice 2nd edition (Jean McNiff)
  2. Curriculum Action Research a Handbook of Methods and Resources For The Reflective Practitioner 2nd edition (James McKernan)
DEFINISI KAJIAN
Kajian tindakan adalah merupakan satu penyelidikan yang melibatkan proses inkuiri refleksi kendiri ke atas sesuatu amalan yang kita fikirkan perlu ke arah peningkatan dan penambahbaikkan. Kajian ini dilakukan oleh peserta dalam situasi sosiai itu sendiri (guru/pendidik) melalui tindakan praktik mereka sendiri yang bertujan untuk mningkatkan kualiti amalan masing-masing dan meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi dimana amalan itu dilkukan. Kajian ini dapat dijalankan melalui proses mengenal pasti masalah, merancang tindakan, menilai tindakan yang diambil dari segi keberkesanannya dan akhirnya hasil kajian akan disalurkan kepada masyarakat untuk kebaikan bersama.

kajian tindakan juga merupakan satu proses reflektif yang dijalankan secara bertujuan dan bersistematik dan memerlukan satu pembuktian yang untuk menyokong sesuatu kenyataan dan bermatlamat untuk mengubah atau meningktkan amalan.


Sesuatu dinamakan Kajian Tindakan juga adalah apabila;

1. Adanya refleksi dan peningkatan / penambah baikkan kepada kerja /situasi mereka.
2. Wujudnya hubungan antara refleksi dan tindakan
3. Bukan untuk kepentingan sendiri tetapi untuk orang orang lain yang berada dalam situasi yang sama dengan pengkaji. – contohnya, dalam bidang pendidikan
4. pembelajaran secara progresif yang melibatkan (planning, action, observing, reflecting and replanning)

TUGASAN KELAS : NOTA KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Definisi klasik kajian tindakan yang pernah diutarakan oleh ahli-ahli kajian tindakan adalah seperti berikut;

Action Research is a three step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance, (2) taking action, and (3) fact-finding about the results of the action (Kurt Lewin,1947)

Action Research is the process by which practitioners attempt to study their problems scientifically in oder to guide, correct, and evaluate their decisions and actions. (Stephen Cory,1953)

a form collective self-reflective inquiry undertaken by participants in social situasions in order to improve the rationality and justice of their own social or educational practices, as well as their understanding of these practices and the situations in which these practices are caried out (Kemmis & McTaggart, 1990)

Melalui definisi yang diberikan di atas, maka dapat disimpulkan bahawa, kajian tindakan adalah merupakan satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri. Mereka bertindak sebagai penyelidik melaluui tindakan praktik (intervensi) yang bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti amalan masing-masing di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi dimana amalan itu dilakukan. Kajian tindakan dilaksanakan dalam bentuki gegelung yang merangkumi aktiviti mengenal pasti masalah, merancang tindakan, pelaksanaan tindakan dan membuat refleksi.