Tujuannya ialah untuk:
- Meningkatkan daya keyakinan diri guru tersebut melalui usaha berkongsi pengalaman. Seterusnya, boleh memperbaiki prestasi dan kepuasan kerja guru.
- Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan.
- Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran-P&P.
- Mendapatkan sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.
- Merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.
- Melahirkan guru yang berfikiran kreatif dan kritikal serta sanggup menghadapi perubahan.
- Memberi peluang untuk mengukuhkan asas pengetahuan kerjaya perguruan.
- Mengeluarkan guru dari kongkongan rutin amalan-amalan perguruan.
- Mewujudkan budaya perkongsian ilmu di kalangan pendidik/guru.
- Memartabatkan profesion perguruan.
No comments:
Post a Comment